Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

1

Monday, May 14, 2012

Sambutan Rakyat Di Karnival 66 Tahun Umno Hambar

Di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil baharu selesai karnival yang telah menyaksikan lebih 100,000 orang berkumpul untuk mendengar ucapan Presiden. Selepas gelombang BERSIH 3.0 yang mewarnakan Bandaraya Kuala Lumpur datang pula Gelombang Merah. Samalah dengan negara Thailand dulu pertembungan dua warna yang sama ini iaitu Kumpulan berbaju kuning dan kumpulan berbaju merah. Cuma di negara kita ianya lebih aman kerana tidak ada pertembungan kedua-dua puak ini pada masa yang sama kecuali semasa BERSIH 2.0 dulu kumpulan baju merah ini sengaja hadir untuk mencetuskan kekacauan. Itupuna dengan mengupah pendatang asing (mungkin juga ada PATI) untuk turun membuat kacau. 

Karnival di Bukit Jalil itu telah digunakan untuk memfitnah BERSIH 3.0 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengedarkan buku kecil tentang perhimpunan aman tersebut yang kesemua gambar di dalam menunjukkan peserta BERSIH mengganas. Tidak ada satu pun gambar yang menunjukkan Polis yang membelasah peserta. Namun walaupun disembunyikan, seluruh dunia sudah pun nampak apa yang sebenarnya berlaku. 

Di kanival yang sama diedarkan secara percuma dua buah akhbar yang sudah tidak mendapat sambutan rakyat iaitu Berita Minggu dan Mingguan Malaysia. Berlambak-lambak kedua-dua akhbar ini tidak diperulikan oleh pengunjung yang sudah sekurang-kurangnya penyokong Umno dan Barisan nasional. 

Selepas petang hari pertama yang sesak di sekitar Bukit Jalil dengan deretan bas yang datang dari seluruh Semananjung membawa "Ahli Umno" yang saya rasa dari setiap DUN. Itulah pun Stadium Nasional Bukit Jalil tidak penuh. Jika tidak disediakan bas, elaun dan makan-minum pastinya stadium yang boleh muat 80,000 itu lengang sahaja. 

Suasana lenggang itu kelihatan pada hari kedua dan ketiga. Saya menjangkakan sekurang-kurangnya macam Jomheboh sebab orang Melayu sudah kembali kepada Umno seperti yang diwarwarkan melalui media arus perdana. Jangkaan saya meleset. Biarlah gambar-gambar ini memberikan info sambutan karnival itu kepada pembaca. 




Thursday, May 10, 2012

Sekitar MITBCA2012

MITBCA2012 telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancungan Malaysia pada 8 dan 9 Mei 2012 bertempat di Seri Pacific Hotel Ballroom di Jalan Putra, Kuala Lumpur. Seramai 350 orang telah hadir. Apa yang menariknya konferens tersebut adalah percuma. Buat pertama kali saya menghadiri satu konferens peringkat antarabangsa yang diadakan secara percuma begitu, termasuk makan dan tea break di Sun Terrace, Seri Pacific Hotel. Perlulah dinyatakan di sini, makanannya sememangnya sedap dan lazat. Jika hendak diberikan bintang saya boleh bagikan 5 bintang dari 5 untuk makanannya. Pengurusan majlis berjalan dengan lancar walaupun satu-satunya perkara yang tidak dapat diubah bagi mana-mana persidangan, seminar atau konvensyen ialah ketepatan masa. Bukan dari pihak penganjur tetapi peserta sendiri. 

Untuk rujukan klik MITBCA2012. Gambar-gambar di bawah dari laman web resmi konferens. 

MALAM GALA AWARDS
Kredit foto: zarulumbrella

Senarai Pemenang



Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 - Hadir!

Hari ini aku telah menjalankan tugas sebagai seorang rakyat Malaysia dengan hadir di perhimpunan BERSIH 3.0. Dalam semua perhimpunan sebelum ini aku hanya menyokong dari jauh tetapi hari ini Allah membuka hatiku untuk hadir di lokasi.

Bertolak dari rumah selepas solat Zohor dan anak bongsu cakap nak ikut. Aku tahu dia keletihan dan kalau tidak ikut pastinya tidur sampai ke malam. Pada mulanya terasa berat juga untuk bawa dia kerana bimbang bila ada tindakan ganas polis seperti dalam demo sebelum ini, susah aku nak jaga keselamatannya. Tetapi akhirnya aku bersyukur kerana membawa dia sebab dia dapat belajar erti perjuangan.

Seperti biasa pergi ke KL tidak bawa kereta. Lagipun hari ini kebanyakan jalan masuk ke KL pasti ada 'road block'. Semasa sampai ke Jalan bersebelahan Vista Komanwel, nampak banyak kereta parking sepanjang jalan. Biasanya tidak banyak seperti itu. Jalan berhampiran dengan stesen LRT Seri Petaling pun sama juga. Pasti peserta BERSIH yang tinggalkan kereta di situ. Sama seperti aku. Sememangnya jangkaan aku tidak meleset sebab semasa balik selepas perhimpunan BERSIH 3.0 hanya tinggal kereta aku sahaja di Jalan sebelah Vista Komanwel itu.

Semasa berada di dalam LRT macam biasa sahaja. Namun apabila tiba di Stesen Plaza Rakyat baru ada sedikit sensasinya bila nampak dua orang anak muda berketurunan Cina naik dan mereka memakai baju T BERSIH 3.0. Selepas itu suasana perhimpunan semakin terasa. Apabila tren melepasi Pudu Raya, di atas jalan ramai orang yang berbaju warna kuning di kiri kanan sepanjang jalan sehingga ke Stesen Mesjid Jamek. di atas Jalan dipenuhi dengan peserta perhimpunan. Naik juga bulu roma melihatkan semangat perhimpunan itu.

Apabila sampai di stesen, malangnya pintu keluar sudah ditutup dan kami tidak dapat keluar untuk sama-sama peserta yang lain. Ramai yang berlegar-legar di platform. Tidak lama selepas tiba, kedengaran bunyi tembakan tear gas launcher. Aku bergegas ke hujung platform dan nampak kepulan asap dari canister tear gas di atas jalan dan orang ramai mula mengundur dari persimpangan Jalan Raja / Jalan Tun Perak.
 Hari ini juga pertama kali merasakan kesan gas pemedih mata yang selama ini hanya mendengar sahaja. Ini satu pengalaman amat baik kerana jika orang menceritakan tentang kesan gas tersebut, aku tahu mengambarkan. Aku juga bersyukur kerana anak aku dapat lihat sendiri bagaimana tindakan ganas pihak polis terhadap orang awam yang sepatutnya mereka lindungi.

Apa yang mebuat aku terharu ialah kerjasana antara kaum. Semasa gas mula naik ke platform, beberapa orang kaum Cina mula mengedarkan garam. Aku tidak tahu apa gunanya garam itu tetapi ikut kata mereka untuk melegakan rasa pedih terkena gas. Tidak pasti macam mana, tetapi aku letakkan kat lidah. Satu lagi pelajaran yang aku perolehi hari ini ialah dengan membasahkan kain dan cekupkan pada hidung untuk membolehkan pernafasan dengan baik.

Aku terus sahaja berlegar-legar di atas platform dan memerhati suasana yang berlaku di atas Jalan Tun Perak. Polis telah bertindak ganas terhadap beberapa orang yang berada di sekitar. Pada satu ketika nampak mereka menyerbu masuk sebuah Restoran dan entah apa sebabnya. Orang ramai mula merungut tentang tindakan polis ketika itu. Kalau dahulu aku hanya mendengar sahaja keganasan polis dari pihak ketiga, tetapi hari ini aku nampak sendiri apa yang berlaku.

Tindakan ganas pihak polis itu bukan sahaja disasarkan terhadap peserta BERSIH, tetapi juga kepada orang awam yang kebetulan berada atau melalui kawasan itu. Ada sekali tembakan gas pemedih mata ditembakkan ke stesen LRT dan nasib baik juga cermin jenis plastik yang kukuh. Jika jenis kaca sudah pasti wanita India yang berada betul-betul dengan tempat terkena tembakan itu mengalami kecederaan. Bayangkan tembakan dilepaskan dari jalan boleh sampai ke bahagian atas platform. Betapa tidak mahir dan ganasnya polis yang sengaja mensasarkan pada orang awam (cuba lihat foto di atas).


Semasa dalam perjalanan pulang saya juga mendapat satu lagi pengajaran tentang bagaimana hendak menghilangkan kesan gas pemebih mata dari seorang yang berpengalaman tentang perkara itu. Caranya ialah dengan memasukkan tablet gastrik ke dalam air dan air itu disapukan ke muka. Jika muka masih basah dengan air, masuk ke dalam asap pun tidak akan pedih. Asas saintifik (ceh) air itu menjadi alkali dan akan meneutralkan acid gas tersebut. 

Apa yang berlaku hari ini pada hematnya ialah kerana kerajaan tidak menghormati keputusan yang mereka sendiri lakukan. YB Menteri Dalam Negeri telah memberitahu bahawa kali ini pihak polis tidak akan mengambil tindakan terhadap perhimpunan itu dan membenarkannya. Sebaliknya akan bertugas untuk mengawal keselamatan peserta. Satu lagi jika dibenarkan peserta duduk di Dataran Merdeka, tidak akan sesaklah jalan sekitarnya. Objektif BERSIH 3.0 kali ini ialah hendak duduk bantah, tetapi pihak kerajaan yang berdolak dalik pula. 

Selepas itu ada yang dengan bangganya berkata:

I'd inform to DBKL and PDRM to PROTECT all protesters, and I allowed the PEACE rally, BUT my team declined and setup all the roadblock in KL and send out so many police to "PROTECT" the protesters. We will protect our citizens. We will provide water to them if they feel thirsty, provide food to them if they feel hungry.

Thursday, April 12, 2012

Integrasi Tiga Laluan Tren Rapid KL

Macam sudah lama tidak keluar ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. Selalunya bila keluar naik LRT saja sebab mudah, jimat masa dan tidak perlu meletakkan diri dalam keadaan stress.

Kelmarin keluar untuk ke tempat biasa iaitu Bukit Bintang kerana hendak bayar Bil Celcom sebab line phone sudah kena bar. Pengalaman baru dirasakan semasa sampai ke Stesen LRT Hang Tuah. Renovation yang dilakukan untuk menyambung antara Stesen LRT Hang Tuah dan Stesen Monorail Hang Tuah rupanya sudah siap dan kedua-dua stesen itu sudah pun bersambung. Komuter tidak perlu lagi keluar dari stesen LRT Hang Tuah dan kemudian naik pula ke Stesen Monorail Hang Tuah serta beli token/tiket baru.

Dari mana-mana stesen LRT MyRapidKL sudah boleh tukar ke laluan yang berbeza kini tidak perlu lagi keluar masuk dan beli tiket/token berulang kali. Sudah ada integrasi antara tiga laluan iaitu Laluan Ampang, Laluan Kelana Jaya dan Monorail. Bagi komuter yang ingin menukar laluan antara Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang akan tukar tren di Mesjid Jamek dan antara Laluan Ampang ke Monorail atau sebaliknya di Stesen Hang Tuah.

Namun saya tidak pasti bagaimana jika dari Laluan Kelana Jaya untuk tukar ke Monorail di Stesen Hang Tuah. Saya rasa sudah boleh barangkali dan sesiapa yang pernah melaluinya boleh kongsi pengalaman.

Tuesday, April 10, 2012

Muslim Niaga - Kaedah Perniagaan Dropship

Semakin ramai orang sudah mula menceburkan diri dengan perniagaan sama ada membuka kedia fizikal mahupun kedai di alam maya. Bagi mereka yang mempunyai modal sudah pasti akan membuka kedai fizikal sementara mereka yang bermodal kecil atau tidak ada modal akan menjalankan perniagaan secara online menggunakan kemudahan internet sebagai platform perniagaan.

Dalam posting ini saya ingin membincangkan tentang perniagaan online atau disebut juga sebagai internet marketer (IM) Internet Marketer pula mempunyai berbagai bidang perniagaan yang boleh diceburi seperti menulis e-book, perniagaan di eBay, Perniagaan Affiliate, Perniagaan produk fizikal, Dropshipping dan sebagainya. Semua ini boleh dikatakan sebagai kedai online.

Baru-baru ini saya membuka sebuah kedai online secara affiliate dropshipping untuk menjual produk fizikal. Dropshipping mudah dikendalikan walaupun keuntungannya tidak begitu lumayan tetapi jika mendapat banyak tempahan pasti akan memberikan pulangan yang agak lumayan. Sebenarnya saya sudahpun menceburi perniagaan Affiliate Dropshipping sejak tahun 90an lagi dengan mendaftarkan diri dengan Amazon dan beberapa lagi perniagaan serupa dari luar negara. Namun kerana saya tidak mempunyai kemahiran menjalankan perniagaan ini dan kelemahan dalam marketing menyebabkan saya tidak mendapat apa-apa pulangan darinya. Mujurlah semua itu tidak dikenakan apa-apa bayaran.

Kini di negara kita pun sudah ramai IM menceburi perniagaan Affiliate Dropshipping dan sebuah syarikat baru yang menjalankan perniagaan seperti ini ialah Muslim Niaga. Sekiranya anda ingin mengetahui serba sedikit apa itu perniagaan dropshipping, masuklah ke laman berkenaan dan dapatkan info darinya.

Muslim Niaga menjual produk-produk Muslim untuk kegunaan umat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di mana sahaja mereka berada dan semua urusan dilakukan secara online. MN membuka keahlian kepada sesiapa sahaja yang ingin menceburi perniagaan dropshipping online ini dengan tiga pakej keahlian iaitu Pakej Premium,Student dan Lite. Setiap pakej ini dikenakan yuran bulanan dan jumlahnya adalah berbeza mengikut pakej yang disediakan.  Bagi Pakej Premium ahli perlu membayar sebanyak RM 498.00 sebagai pendaftaran dan yuran bulanan RM 50.00. Pakej Student pula RM248 yuran Pendaftaran dan RM25.00 bulanan sementara Pakej Lite tidak dikenakan Yuran Pendaftaran sementara Yuran bulanan sebanyak RM25.00

Landing page bagi sebuah kedai online yang disediakan adalah seperti ini dan saya sudah membuka satu kedai seperti itu. Masuk SINI untuk contoh bagaimana sebuah kedai itu berfungsi.
Produk-produk yang dijual oleh Muslim Niaga terdiri dari berbagai kategori seperti Produk Digital, VCD, CD Audio, Buku Agama, Seni Islamik, Wangian, Barangan Kesihatan, Pakaian dan sebagainya. Antara produk digital yang mungkin mendapat sambutan pengguna Islam ialah Al Quran Digital dan MP3 Haji dan Umrah. 

Semasa posting ini dibuat, Muslim Niaga sudah ada 196 produk dalam senarai mereka. 

Saturday, April 07, 2012

Al Quran Digital Al Rayyan

Pada mula Al Quran di turunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W ianya hanya dihafal dan disebarkan dari seorang ke seorang secara lisan. Hanya setelah Nabi Muhammad wafat baharulah Al Quran mula dikumpulkan dan dituliskan pada pelepah-pelapah tamar kerana dibimbangi Ayat-ayat Suci akan hilang kerana penghafal-penghafal Al Quran meninggal dunia.

Kemajuan dalam bidang percetakan pula membolehkan Al Quran dicetak untuk dibaca oleh lebih ramai umat Islam. Sesuai dengan kemajuan tamaddun dan Islam itu sebagai agama yang sentiasa maju dan tidak ketinggalan, maka hari ini kita dapati Al Quran sudah memasuki era digital. Al Quran sudah disimpan dalam bentuk digital dan muncul pula Al Quran Digital yang terus memudahkan umat Islam menyimpan, membawa dan membaca. Dengan adanya Al Quran dalam bentuk digital ia boleh dibaca di mana sahaja dengan mudah malah menggunakan cara-cara bacaan yang betul.

Antara al quran Digital yang berada di pasaran hari ini ialah Al Rayyan. Sila lihat video
YOUTUBE  ini.

Muslim Niaga menjual Al Quran ini secara online dan mereka yang berminat untuk membelinya boleh KLIK DI SINI untuk membuat pesanan. Set Al Quran ini mengandungi Al Quran Read PEN yang akan membaca Ayat-Ayat apabila ia disentuh dan leretkan pada mana-mana ayat atau surah. Memilikki pen ini akan membolehkan seseorang itu mempelajari cara untuk membaca Al Quran dengan betul disamping boleh mengajar ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang ingin belajar membaca Al Quran. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan lagi mutu bacaan Al Quran.

Mengikut penerangan di Muslim Niaga Mall faedah-faedah berikut dapat diperolehi dengan memilikki pen ini iaitu:
1. Anda tidak perlu tercari-cari terjemahan kerana pen digital Quran ini mampu menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Inggeris mana-mana ayat dalam Quran tersebut.
2. Boleh mendengar bacaan merdu daripada beberapa Qari terkenal dari Masjidil Haram seperti Sheikh Saad  Al-ghamidy, sheikh Misyari Rashid, Sheikh Abdul Rahman As Saudais dan Sheikh Abdul Al-Matrud.
3. Boleh memahami dan boleh mengajar Al Quran kepada ahli keluarga sendiri.
4. Boleh mendengar alunan bacaan dari Qari ini amat teliti, jelas dan penuh dengan taranum yang mengasyikkan. Selain itu, kitab Iqra dan panduan solat serta Doa turut disertakan bagi membolehkan anak-anak anda mempelajarinya.
5. Anda bukan sahaja boleh mendengar bacaan Quran, malah boleh menuatnaik nasyid dan bacaan doa dan sebagainya kerana Pen Digital turut dilengkapkan dengan Memory 2Gb.
6. Boleh dengan bacaan dengan lebih jelas kerana ia boleh disambungkan pada aksesori lengkap pada speaker atau earphone. Anda juga boleh dengan semasa memandu jika kenderaan anda ada MP3.
7. Pakej ini didatangi dengan Gift-Box yang sangat menarik. Ianya sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah Hari Jadi atau Hantaran Perkahwinan dan sebagainya.

Lihat juga di sini 

Pembelian Al quran ini juga diberikan JAMINAN SATU TAHUN

Harga se unit Al Quran Digital ini yang dijual oleh Muslim Niaga ialah harga RM 290 dan PERCUMA kos penghantaran

Wednesday, April 04, 2012

Berapa Sebenar Harga Nasi Ini?

Berapakah harga untuk sepinggan untuk nasi di bawah? Seekor ikan, sedikit sayur dan kuah. Anda teka dahulu sebelum scrol ke bawah untuk baca tulisan saya seterusnya. 

Semasa dalam perjalanan balik ke Alor Setar pada waktu tengah hari, saya sekeluarga singgah di RnR Jejantas Sungai Buloh Arah Utara untuk makan tengah hari dan solat Zohor. Memandangkan waktu Zohor belum masuk lagi, makanlah dulu. Kedai yang berhampiran dengan kedai majalah itu penuh dan tidak ada meja kosong. Lagi pun ramai pula mereka yang berada di situ sedang merokok dan sudah pasti saya tidak akan rasa selesa dengan asap rokok dan baunya. 

Saya bawa keluarga ke kedai di hujung, rasanya ada dua buah kedai makan di situ. Saya dan isteri ambil makanan yang sama seperti di atas. Saya memesan Teh O Ais Limau dan isteri saya pula Kopi Jantan kosong. 

Semasa membayar, saya terkejut kerana semua makanan yang ringkas itu berharga RM 15.40. Betulkah? Atau makcik tu silap kira. Macam tidak percaya yang harga begitu mahal. Kalau kopi Jantan RM2.50, Teh O Ais Limau RM 1.60, minuman sahaja baru RM 4.10. Jadi sepinggan nasi dengan seekor ikan bernilai RM 5.60 sen begitu. Sampai sekarang pun saya macam tidak percaya harga begitu.

RnR sepatutnya menjadi tempat pilihan makanan yang murah tetapi selepas dikenakan tol, harga makanan pula mahal. Pengguna sudah tidak ada pilihan jadi mahu tidak mahu terpaksalah menyerah leher kepada peniaga makanan di sepanjang perjalanan PLUS itu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List