1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, December 29, 2013

Disember 2013 Dah Ada Sales

Setiap kali log in kat komputer pertama sekali buka ialah email kemudian Facebook barulah pergi ke lain-lain website seperti Harakahdaily ataupun Malaysiakita untuk tengok dan baca blog-blog menarik di sana. Kadang-kadang je masuk tengok kat The Star atau Harian Metro. Akhbar media arus perdana sekarang dah banyak yang tak boleh percaya sebab suka spin cerita.

Sejak akhir-akhir ini dah mula buka pagi Clickbank dan lain-lain laman Internet marketing. Zaman hidup semakin tertekan kini nak kena cari lah jalan buat duit sampingan. Nak harapkan kerja mana ada pihak mahu ambik lagi orang yang sudah warga emas seperti aku walaupun ada kemahiran dalam bidang yang dipohon. Dah berpuluh dah post-post kat JobStreet aku pohon tetapi semuanya tak berjaya dan aku rasa faktor usia yang buatkan aku tidak berjaya.

Balik kepada Internet Marketing, dah lama juga terlibat dengan IM ni. Sejak tahun 90an lagi dah mula ambil tahu pasal IM cuma masa itu aku tidak ada ilmu tentangnya. Pada hujung tahun 90an aku dah pun register dengan Amazon dan beberapa lagi web affiliate. Namun satu sen pun tidak pernah dapat.

Aku buat blog dan letak lah website iklan seperti Nuffnang dan Advertlets. Namun hasilnya tidak berigut memberansangkan. Rasanya dari Nuffnang aku just dapat dalam RM200 lebih je dan sejak memohona mengeluarkan apa yang ada itu, sampai hari ini satu sen pun tidak terhasil lagi dari Nuffnang. dah hampir 10 tahun dah tak ada hasil dari Nuffnang walau aku tengok dalam blog aku hari-hari ada iklan dari Nuffnang.

Pada bulan Disember ini adalah lah dua kali aku tengok dalam akaun clickbank ada satu sales. Tak banyak tetapi rasa seronok juga kerana itu sales pertama di Clickbank walaupun aku pernah register dengan clickbak ni sejak awal tahun 2000 lagi tanpa mendapat apa-apa sales. Sebabnya aku tidak tahu teknik marketing.

Selain buat IM Clickbank aku try jugalah biz Prepaid melalui TuneTalk/ToneExcel. Yang ni boleh dapat komisyen berterusan selagi lain tu diguna. BACA DI SINI.

Selepas itu ada satu lagi sales dan dapat komisyen melalui Hotel Travel yang aku letakkan link affiliatenya pada blog ......As I Travel. Tu masuk dalam Paypal. But ada jugalah. Harap-harap 2014 ini Allah membuka lagi ruang rezeki untuk aku. Insyaallah.

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List